Followers

Saturday 20 April 2013

Cina Minum satu botol,Melayu minum tiga botol!


Assalamualaikum W.B.T
pada malam yang penuh barakah ini saya ingin mengajak anda semua untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T oleh sebab dengan limpah kurnianya kita dapat lagi bernafas menggunakan nikmat oksigen dan anggota tubuh yang mampu memberi kemudahan terhadap kita untuk meneruskan hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Lebih kurang 18jam lalu,terlintas dalam pemikiran saya untuk meng "absent" kan diri untuk menghadiri satu forum yang mungkin akan menyebabkan saya bosan mengantuk..hehe..tapi disebabkan ancaman daripada ustaz dengan 5 fakta penting untuk dimaksudkan ke e-kelip terpaksa jugak den poyi donga..hoho..namun begitu..setelah 5 jam forum itu berakhir,terdetik dalam hati saya,kalau lah saya x pegi...hmm...macam2 yang terlintas nih..antaranya:
  1. aku la insan paling rugi kat Malaysia ni...huhu
  2. kalo x pi td,xleh la aku nak tengok  Aaron Aziz , Awal Ashaari & Piere Andre
  3. takat qasidah td x kesah sgt..hoho(tpi bes jugak)
  4. cerita nih memang payah nk dengaq dah lepas nih..
  5. Serius!! tidak mengantok langsung td..hebat sungguh kekuasaan Allah(kecuali time ucapan perasmian)
Tapi apa yang saya nak kongsikan disini ialah apa yang saya dapat rumuskan daripada forum itu tadi.sebenarnya pada 5 jam yang lalu pelajar yang mengambil subjek Muqaranah al-Adyan ditugaskan untuk membuat satu forum berkisarkan keharmonian beragama.Pihak fakulti(sebenarnya student2 yang manage program nih) menjemput 3 orang panel yang pada kaca mata saya mereka seorang yang hebat kerana diberi hidayah untuk memeluk agama islam seterusnya menjadi khalifah untuk mendakwah orang lain.Sebagai seorang muslim,terdetik perasaan malu dalam diri saya apabila seorang yang tidak dilahirkan dalam keluarga yang Islam mampu mengubah agama,tinggalkan keluarga,sanggup dipukul,dicaci dan di hina semata-mata ingin menganuti agama Islam,akan tetapi umat islam sendiri masih tidak sedar dan masih hanyut dengan arus permodenan yang sebenarnya membawa mereka ke suatu budaya yang bercanggah dengan agama Islam. Saya petik kata-kata seorang penceramah itu tadi ,"cina minum satu botol,tapi Melayu minum 3 botol".terkedu saya mendengar kata-katanya tadi.Sebagai insan yang berbangsa melayu,terasa pilu sekali mendengar kata-kata tersebut.mana taknya definisi melayu sendiri adalah orang yang tahu berbahasa melayu, dan beragama ISLAM. mengapa saya bold perkataan islam?anda semestinya memahami mengapa saya berbuat demikian.
Tiga penel yang hadir pada saya adalah bukan calang-calang..mereka mempunyai latar belakang yang berlainan.panel pertama Tuan Mohd Azlan Gan,panel kedua Datin Nur Hana Abdullah,dan Ketiga,Tuan Haikal Ng.ketiga-tiga mereka merupakan sukarelawan Darul Fitrah manakala datin hana turut menjawat pengerusi di Darul Fitrah tersebut.Mereka bertiga sememangnya berasal daripada bangsa yang sama iaitu Cina ,namun agama mereka adalah berbeza.

CERITA TUAN AZLAN..
 Macam mana boleh dapat hidayah tu ye?ce citer..ce citer..??
Kenangan Pahit :
biyo la teman citer yak..
masa tu dia berumur 15 tahun,pada usianya itulah dia memeluk agama islam dan pada masa itu jusebenarnya tuan azlan ini merupakan anak jati pahang dan dilahirkan pada tahun 1970,bi ma'na umur dia dalam 43 tahun.pada tahun ini genaplah 28 tahun beliau memeluk agama islam.pada tahun 1982 ketika  beliau masih bersekolah,beliau didakyah oleh adik angkatnya beragama islam untuk memeluk agama islam ni.menurut tuan azlan ni lagi,adik angkatnya tu memang tunggu dia ok je pas tu kira on la masuk islam.hehe..bila dia dah setuju untuk memeluk islam,adik angkat tu bawak la dia jumpa dengan ustaz..nasib baik la ustaz tu menggunakan seluruh kuasa kame kame ha dia untuk membawa tuan azlan ke pejabat agama islam.akhirnya berjaya la dia masuk islam
Alhamdulillah..wa syukurilah..bersyukur pada mu ya Allah..hehe

 Mende la kenangang pahit dengang pahit tuang Azlang?Ce kabo?Kawe dok tahu nih..
gak la dia kena tinggalkan keluarga yang tersayang.sememangnya dia mendapat tentangan daripada keluarga.dia beragama buddha dan keluarga menganggap dia mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan di sekolah,oleh sebab itu dalam masa satu hari sahaja dia telah bertukar sekolah yang lain(lupa nama sekolah,tempat2 kat pahang banyak nama pelik2,,tapi rasa macam mengkarak).pada suatu pagi,dia ingin ke sekolah dan memang berniat untuk pergi kesekolah,tetapi dalam perjalananya ke sekolah,dia diajak oleh seseorang yang juga rakyat terengganu untuk mengikutnya tinggal di bumi terengganu(x silap lelaki yang bawak dia tu pekerja buruh binaan kat area situ..tapi x sure la  betoi or x).dengan hanya berbekalkan wang Rm5 dengan I/C (kad pengenalan ye bukan kad matrix) dia pon ikot la dan dia menetap di sana hinggalah ke hari ini.dia rasa sangat disayangi bila keluarga angkat & penduduk kampung memberi galakan dan pujian terhadap tindakan dia memeluk agama islam.
Kenangan Manis :
hm..mestilah semasa membaca ayat suci al-quran.Alhamdulillah beliau dapat khatam dalam masa yang singkat iaitu x smpai satu tahun setelah dapat galakan daripada orang-orang kampung.Sekarang beliau telah pun berumahtangga dan aktif berdakwah dalam menyebarkan agama islam,dan yang lebih menggembirakan lagi,keluarga kandungnya dapat menerimanya sebagai seorang muslim.
Alhamdulillah..wa syukurilah..bersyukur padamu ya Allah..

BILA DATIN HANA BERBICARA..

Apakah keistimewaan Islam pada pandangan datin sendiri?
Datin menjawab dengan campuran bahasa Inggeris dan bahasa melayu,jelas percakapan dia masih ada selanga masyarakat cina(mana x nya dia kan cina) oleh sebab sebutan - sebutan perkataan bahasa melayu agak sukar di sebut,beliau mengenakan bahasa inggeris untuk lebih mudah memahamkan mahasiswa tadi.Datin Hana cakap dia menyedari lima kelebihan Islam iaitu:
  1. Islam merupakan agama yang memberi ketenangan.
  2. al-Quran adalah GPS iaitu panduan dalam hidup muslim.
  3. Islam merupakan agama pengampun.
  4. Islam is so easy.its for humanity.
  5. everything you ask for you'll get it.
Guane cabaran mendakwah non-muslim ni datin? 
datin kata :
  1. payah giler nk cari dana compare to Kristian.
  2. tabiat @ attitude muslim yang xdak keikhlasan (mana taknya soalan pertama yang depa akan tanya" berapa dapat?"...sengal!)
  3. muslim sendiri berperangai tidak baik..(adoiyai.. macam mana non-muslim nak percaya pada Islam.)
Daripada situ datin bgtau lagi kenapa mak& abah dalam kaum cina akan menangis bila dapat tahu anak dia masuk Islam:

  1. Muslim malas  & x mau kerja (macam tuju kat sesuatu kaum ja )
  2. muslim suka kawin ramai & x dapat nak bagi nafkah terhadap anak depa nanti.
Datin menambah lagi bahawa sehingga ke hari ini masih TIADA bimbingan terhadap muallaf.Bukan dia hendak menyalahkan PERKIM ,tapi PERKIM hanya memberi memberi ajaran tanpa memberi bimbingan berterusan terhadap golongan muallaf ini.Lebih menyedihkan apabila golongan ni kembali ke agama asal oleh sebab tidak memahamai hakikat sebenar Islam."it is very bad image that muslim orn institution  cannot monitor them".

Datin,kami ni mahasiswa/i nak tau , macam mana la kan kami ni nak tarik budak-budak bukan Islam kat keliling kami kat sini nak bagi depa mai masuk ugama Islam ni..Habaq mai sat?
datin nasihatkan supaya:
  • be a nice person and try to be friend with them.don't start with differences but we start with our common. exp: tell them that muslim also believe all of our prophet and not Muhammad only or we will state our common like our moral issue like in Buddhisme.
  • try to ask them with "I do not understand,can you explain furthur? ".Make them think logical.
Islam ni atas I/C je.Apa pendapat datin?
 muslim sekarang macam muslim pada zaman dahulu,ramai dah tak mengikuti perintah Allah oleh sebab:
  • Ibubapa tak mentikberatkan didikan agama Islam.
  • sekolah-sekolah tidak memperketatkan gaya Islam itu sendiri.  
  • pengaruh daripada dunia luar ; paparan rancangan tempatan kita sendiri.
Langkah:
setiap muslim perlu main peranan untuk berdakwah kepada orang ramai.Hal ini amat berbeza dengan Kristian yang begitu komited dalam meyampaikan dakwahnya.A lot people are not aware dan hanya memberikan tugasan dakwah itu kepada golongan ustazah dan ustaz semata-mata.Sebenarnya ada non-muslim yang ingin memeluk agama Islam,namu kalau kita masih memperaktikkan sikap ini,bagaimana mereka untuk mendapatkan info dalam mengenali islam.mereka tidak akan pergi ke pejabat agama islam negeri  untuk menyatakan hasrat  dalam hati kecil mereka.Datin turut menyelit kisahnya semasa dia bersekolah.Dalam alam persekolahanya,dia tidak bercampur dengan masyarakat beragama Islam dan tidak tahu syariat dan adab-adab dalam agama islam.satu hari seorang rakanya memberi tahu yang Islam believe in one god.sejak itu dia tahu bahawa agama Islam only belive in one god.  

Datin nape la mentaliti melayu @ Islam ni giler sangat ke subsidi?komen sikit datin?
sebelum beliau memulakan percakapan,dangan nada yang lembut dia memberitahu bahawa komenya ini merupakan salah satu sensetiviti masyarakat jadi dia berharap kami dapat berfikiran terbuka dan tidak terlalu cepat menunding jari.

Jawapan datin:
 orang cina semua susah tapi mereka rajin bekerja,contohnya datuk saya.dia datang sini dengan abang dan mak sedaranya sahaja.mereka jadi pomen sehingga mampu memiliki workshop dan menjadi "Millionaire".A lot of chinese start from zero and work hard.compare to melayu yang hanya mengharapkan bantuan kerajaan untuk melakukan sesuatu perkara.New generation should start to change and make sure to use their effort to get success.Chinese work a day and night but they just get dunia.If they are Muslim they will get both.Youngster should start now and try to not depend on goverment .cuba untuk jangan berhutang and start with saving.

TUAN HAIKAL PUNYA TURN PULAK
Berbalik kepada panel terakhir semalam,Tuan haikal,nama sekacak wajah.hehe..bagi saya pengalaman hidup yang dia ceritakan sangat menarik sekali dan mampu memberi seribu keinsafan terhadap rakan-rakan saya yang lain.Namun begitu ketika beliau hendak bercakap,suara perlahan sangat..hmm…tu yang x syok tu..huhu..Ok,let me start his story la ye..

Apa cabaran dan ujian pada mula-mula kembali kepada agama Islam?
Tuan Haikal Ng seorang penganut agama Kristian (Protestan).beliau berasal daripada Pulau Pinang dan membesar di Klang Selangor.Beliau mempunyai seorang Pakcik yang bekerja sebagai seorang paderi.setelah menamatkan tingkatan lima beliau dihantar ke Amsterdam(kalo x silap la) untuk mengambil bible study.Apabila telah tamat beliau pulang ke Malaysia dan menjadi paderi muda yang berdakwah untuk Kristian dan mengelilingi dunia
Untuk mencapai matlamatnya.Dia turut member tahu pendapatanya sebanyak RM2000 dan mencapai RM15000 dalam masa empat tahun.Sehinggalah dia mencapai umur 26 tahun dia mengambil tindakan untuk berhenti oleh sebab  ingin menjaga ibunya yang meghidap penyakit barah payudara.Dalam masa 2 tahun dia menjaga ibunya yang sakit dan meninggalkan kerjayanya buat sementara waktu.Pada suatu hari(selepas 2 tahun@umur dia 28 dah tau)dalam perjalananya untuk pergi melawat ibunya,dia menghadapi satu kemalangan yang teruk dan menyababkan dia koma dalam masa 4 bulan.Dalam masa itu juga Ibunya berada dalam keadaan tenat dan meninggal dunia.Semestinya dia tidak sempat untuk melawat ibunya.Dalam keadaan koma,dia menceritakan bahawa dia telah bermimpi seorang yang berjubah putih yang wajahnya bercahaya bercakap denganya dalam bahasa cina.Sepanjang tujuh hari mimpi yang sama datang kepadanya sahingga hari ke lapan dia terdengar suara azan di telinganya sehingga menyebabkan dia tersedar daripada koma.Dia terbangun dan masih ingat apa yang terjadi terhadapnya sebelum ini.Setelah tiga hari dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan mengucapkan syahadahnya di JAWI. Setelah itu dia tinggal di sebuah sekolah bapa angkatnya dan daripada situ juga dia banyak mempelajari tentang agama Islam.setelah berita tersebut dapat dihidu oleh ahli keluarganya,dia dipanggil pulang ke Pulau Pinang,ahli keluarga beliau yang majioritinya adalah kumpulan Gangster semestinya marah dengan tindakanya memeluk agama Islam dan meninggalkan agama asalnya,dia ditanya, “apa kehebatan Islam?adakah kamu tidak bahagia?”,Tanya salah seorang ahli keluarganya.Dia menjawab “saya yang rela memilih Islam”.daripada ayatnya itu mereka berlawan atas dasar agama itu dengan menggunakan senjata –senjata yang di miliki oleh mereka(Gangster la kata kan mesti la macam-macam senjata dia ada).Pakciknya menembak ke dada Tuan Haikal dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah taala peluru tersebut terkena tulang dan tidak member kesan yang teruk terhadapnya.Oleh sebab tidak berpuas hati dengan kesan serangan itu mereka tidak mengaku kalah dan terus memberikan siksaan terhadapnya sehingga mereka malihat dia masih teguh dengan niatnya untuk menganut agama Islam walaupun berbagai-bagai musibah yang telah datang.daripada itu mereka berhenti melakukan serangan dan membiarkan dia dengan Islam.Namun begitu,Tuan Haikal kembali koma selama 1 bulan dan kembali sihat setelah itu dan bergiat dalam dakwah Islam sehingga ke hari ini.
Proses dakwah dalam agama Kristian?
He said “four years back the higest 2 million”.itulah dana yang dikumpulkan oleh penganut agama kristian dalam meluaskan agama mereka.antara ciriiciri orang  yang di dakwah:
·         orang miskin
·         orang yang x dak agama
·         orang Islam
mereka akan Tanya berapa jumlah yang kamu mahu.mereaka akan bagi on the spot.kadang-kadang saya terfikir mengapa umat Islam tidak pemurah macam penganut agama ini.masing-masing tidak berfikir seperti mana panganut agama samawi ini berfikir.Tuan Haikal menambah lagi bahawa umat Islam pada hari ini gagal mengumpul dana seperti ini oleh sebab terdapatnya segelintir masyarakat yang tidak mengeluarkan zakat.Saya mengakuinya dan menyokong statement dia 100%.
Jadi apa yang saya dapat pada malam tadi memang sukar untuk dicari ganti mana taknya panel –panel menceritakan kisah-kisah peribadi mereka yang reality dan bukan di buat-buat macam dalam cerekarama tu.saya mengaku setelah mendengar lahir rasa kagum dan insaf dalam diri.setiap bait-bait ayat daripada mereka membuatkan saya rasa bersyukur kerana dilahirkan dalam beragama Islam.saya masih ingat pada mula-mula saya memasuki tingkatan satu,saya dengan tegasnya ingin masuk ke kelas sains dan tidak mahu memasuki kelas beraliran agama,oleh sebab rasa hormat dan sayang saya kepada emak,saya ikut sahaja walaupun dalam hati tidak ikhlas.Memang benar kata orang jika kita tak minat memang payah nak skor,kesannya bahasa arab saya hanya mendapat B dalam PMR.Apabila berada di tingkatan empat pendirian emak tetap sama dan Alhamdulillah di sekolah saya menggabungkan aliran sains dan agama dalam satu kelas.Setelah belajar dengan lebih mendalam,rasa saying dan cinta saya terhadap agama islam lebih mendalam.dan pada hari ini saya amat berterima kasih kepada emak saya sebab memaksa saya pada beberapa tahun lepas.saya berasa bersyukur kerana saya di beri peluang sekali lagi untuk melanjutkan lagi pengajian saya dalam bidang pengajian islam dan insyaallah saya akan berusaha untuk menjaga nama baik islam dan menjaganya seperti nyawa saya sendiri..Syukur ya Allah.Wallahu’alam.


Sunday 31 March 2013

Ambe Doh Jadi Orang Ganu Weh....



Selamat pagi Malaysia..
Salam Perak Aman Jaya!
Setelah hampir berbulan saya tidak mengupdate akaun dalam blog saya ni,akhirnya dapat juga saya meluangkan secebis masa untuk dikongsikan dengan blog saya nih..diam tak diam dah hampir tujuh bulan anak jati Perak ni menetap dekat negeri  darul Iman ini.sememangnya tidak dapat dinafikan lagi yang negeri Terengganu ni sangat berbeza dari segi loghat,budaya,bahasa,pergaulan,rasa,cuaca dan macam-macam lagi la..semua ini  memberi saya satu pengalaman yang amat “SUPERB” apabila difikir-fikirkan.kalau di kenang balik,masa mula-mula nak register ke sini dulu..banyak sangat pujian.perlian,dan usikan daripada orang sekelian saya..hahaha…antara kata-kata yang agak badass oleh mereka..jeng3:
1.       “Waaaaaaaahhhhhhh…nanti Chi Ai sangkut ngan orang Ganu la…”
(Macam la banyak-banyak manusia kat bumi unisza nih,orang Ganu jugak yang saya nk  kena berkenan,orang Perak pon OK pe??hehe..Perak sentiasa di hati!!!Go Perak..GO!!..Go!!)
2.       “Eh..pas nih Chi Ai jadi ustazah laa….”
(Hellloooww…its doesn’t mean when Im taking Dakwah Course,so I must be an Ustazah??try
to be matured guys,nowadays a women like me should study dakwah to dakwah my child soon tau..lagipun apa guna belajar dakwah kalau diri sendiri pon x mampu nk di dakwah kan?ngeh3)
3.       “nanti bleh jalang-jalang makang ikang la..”
(haha,,so funny! Depa semua x tau yang lidah saya nih x pernah lekang dengan bahasa utara..)
4.       “haha..ang pi sana chi ai kami nak jalan2 tiap2 ary”
(ni ayat kak mona,ala..padahal dia sedih sebab pals dia nak kena dok oversea.~Ganu je pong~)
5.       “tak pa chi ai..ang dok jauh pon..nak timba ilmu..nanti kami pi..”
(kenapa sampai sekarang tak mai2 lagi???ni la janji abang-abang saya..~pandai sungguh jaga hati adik bongsu dia nih..hoho)
6.       “Belajaq dulu..jangan dok nak kawin-kawin lagi”
7.       (Oh My Allah..ini ayat mak saya…ayat ni dapat 100 likes oleh sebab saya malu bila mak saya sebut..Oh Mama,Chi Ai x mau kawin lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)

Haha..lucu kan..tapi apabila saya menetap di sini,satu kejutan budaya telah meresap dalam jiwa..kejutan ini saya lihat dari sudut positif yang mana cara mereka berpakaian ketika berada dalam university ini sendiri.Memang tidak dapat dinafikan yang di kawasan Taiping jarang sekali untuk melihat  gadis atau wanita yang bertudung labuh dan berniqab,tambahan pula saya bukan berasal daripada sekolah pondok ataupun maahad yang menerapkan ilmu-ilmu azhariyah yang mendalam semasa berada di dalam sekolah.Pada sem yang pertama,saya mengenakan tudung bawal yang berbidang 45 sahaja..saya rasa selesa dan beranggapan bahawa seorang pelajar pengajian Islam dakwah tidak semestinya perlu bertudung labuh dan tidak boleh memakai jeans..yang penting pakaian tersebut menepati kehendak syarak.Namun begitu,hari demi hari umpama satu rahmat bagi saya..perasaan malu mula timbul dalam diri apabila ustaz-ustaz bercerita tentang sebenar-benarnya Islam.Allhuakbar! saya seorang muslimah..Seorang khalifah..seorang mujahidah..tetapi saya gagal mengawal nafsu saya dalam berdandan..terdetik dalam hati saya untuk bertudung labuh..saya cuba memakainya dan ternyata ianya tidak menganggu pergerakan saya langsung.Bahkan saya rasa lebih selesa dan selamat apabila berjalan di hadapan muslimin..Subhanallah..sungguh besar kekuasaan Allah hingga mampu mengubah pendirian saya yang sangat kukuh itu dengan begitu mudah.Wahai wanita…tolonglah tutuplah aurat mu…mungkin hari ini kamu tidak sedar apa yang mampu terjadi terhadap mu pada keesokan hari.namun jika kamu dapat berfikir secara rasional,kamu akan terfikir sebagaimana saya telah terfikir sekarng.perasaan menyesal dan malu sememangnya  menghantui diri saya..Ya Allah teguhkan imanku supaya pakaian yang menutup tubuhku ini dapat di kekalkan sehingga hujung nafasku…saya ingatlagi seorang sahabat saya yang bergender lelaki menegur saya dengan panggayaan seluar jeans ketika ke rumahnya..semasa berada di hadapanya,.dia tidak mencaci,mengutuk mahupun marah saya mengikut nafsunya..akan tetapi dia cuba member nasihat melalui nasihat macam ni..”Aishah..ang Cantik dah..tapi kalu tak pakai jens tu..hmm..lagi cantik”..Saya Tanya kembali kepada dia..”Ala…salah ke *****? Aku pakai jeans longgar kan?lagipun daripada kecik aku dah pakai macam nih..xkan x leh ko??hm..dengan suara yang lembut dia membalas..”Aishah memang la longgar..tapi aku Nampak tak sesuai la kalau perempuan pakai  jeans”..dari situ saya  jadi tersentuh bila seorang lelaki mampu menegur dengan penuh berhemah sekali tanpa menyinggung perasaan saya..wujud pulak rasa malu terhadap dia..hehe..alhamdulillah..setelah itu,saya mampu mengawal diri saya daripada memakai seluar jeans tu..jadi,apa saya buat dengan seluar-seluar jean saya???ha…smua seluar-seluar tu saya tak bunag mahupun bakar..tapi saya masih memakainya lagi..tapi hanya di rumah yakni hanya mahram saya saja yang melihat..hehe..satu lagi bahagian tubuh saya terpelihara daripada pandangan umum..hehe..Go Aishah! Go Aishah! Go Aishah!..
Assalamualaikum!
Jazak Allahu Khairan Kathira!

Wednesday 12 December 2012

oh..Mak ! I love you so much !

assalamualaikum w.b.t
check2!
hehe..pada pagi yg sunyi ni hati saya tiba2 rasa nak post something yang berfaedah untuk kita semua..tapi..sebelum tu..sya tiba2 teringat kakak saya mesej semalam.."awat hang xtls blog hang?"hehe..cik yaya kalau anda sedang membaca org nk bgtau nih..masa ang msg chi ai busy sgt2 sebab :
  • ada kelas ganti td
  • esok ada roleplay pas tu td dok wat discussion la
  • esk ada kuiz APK..study gak sket2 td
  • assignment last minute..haha
hehe..apa2 pon sebenarnya saya nak kongsikan satu benda yang amat penting berbanding masalah2 yang  sering keluar di Buletin Utama hehe..pernah x dengar dalil nih..

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

haaa...susah kan nk lahirkan dan besarkan kita..dalam dunia ni saya ada emak ja sebab abah saya dah xdak masa saya umur 10 tahun..sepanjang 10 tahun abah saya xdak, mak saya didik saya dengan begitu baik sekali..dia bg makan,pakai,tempat tinggal semua cukup.Bukan time ni ja dia baik tapi sejak 20 tahun sebelum ni pon mak jaga saya memang cukup tip top..hehe..percaya x?mak saya bg layanan 1st kt saya tau..kalah hotel kat Dubai..hehe.. mak saya letak saya dalam rahim yang bertaraf 7 bintang,makan ngn minum x yah mintak,duduk diam2 makanan masuk ja ikot tali pusat..nak kemana-mana pon dia x penah tinggal..kami jalan sama2,tidoq sama2..semua sama2 la..hehe..sayang sungguh mak saya kat saya kan..cukup bulan mak keluarkan saya..dia jaga saya..dia x buang saya tepi longkang,letak dalam kotak,flush kat toilet,buang saya daripada tingkat atas ataupun bagi saya kat orang lain..bila saya lapar,mak suap makan,saya dahaga mak bg minum,mak bagi mandi saya..saya menangis mak pujuk..saya x pndai mak ajar..hmm...mak saya macam wonder women kan..ngeh3..walau sehebat mana pon saya sememangnya saya xdpat membalas jasa mak saya sampai hujung nyawa saya..pengorbanan dia memang cukup hebat mmg boleh mengalahkan heroin filem kat tv..hehe..mak saya bukan artis tapi dia boleh buat pengorbanan yang ikhlas yang sememangnya jauh lebih baik daripada orang lain..hehe..saya teringat lagi satu hadith ni:

Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, Nabi SAW didatangi seorang lelaki untuk bersama berjihad dalam peperangan. Lalu Nabi SAW bertanya: Adakah kamu sudah meminta izin daripada kedua-dua ibu bapamu? Lantas lelaki itu menjawab: Belum. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk pulang meminta izin daripada kedua-duanya dan jika tidak dibenarkan untuk turut sama berperang maka Nabi SAW menyuruhnya untuk kekal berbakti kepada keduanya.

Subhanallah..betapa tinggi darjat ibu bapa kita daripada pandangan islam.tapi pada hari ini saya masih lagi hairan mengapa masyarakat globalisasi kini memandang remeh terhadap perkara seperti ini.seharusnya kita sedar ibubapa mampu memberi kita keberkatan apabila kita berbuet baik terhadap mereka..ha..percaya x?masa saya sekolah dulu saya pernah terbaca dalam kitab ibn kathir yang adalah wajib bagi seorang anak itu untuk mendoakan ibu bapanya pada setiap hari..WAJIB ??maksudnya kalau kita x berdoa kat mereka kita berdosa la kan??woah...mudahnya nak dapat pahala..hehe..tp x kurang gak dosanya..hoho..sebagai seorang anak kita perlu mentaati segala perintahibu bapa selagi ianya selari dengan tuntutan syarak..hmm..tapi apa yang saya lihat pada hari ni anak2 suka memandang rendah terhadap ibu bapanya oleh sebab mereka tidak mempunyai ilmu yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai degree,master dan phd..ceit..mentang2 la ibu bapa dia spm pon x dak senang2 ja nak herdik depa ea..igt sikit masa mula2 nk daftar masuk U dulu sapa yang support cek oi??PTPTN ka???...hmmm...saya ingat lagi satu firman Allah yang bermaksud :

“Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


hmm...btoi3..sebagai anak kita perlu menggunakan kata-kata yang mulia bagi menyenangkan hati kedua ibu bapa kita..hehe..apa2 pon sebelum saya akhiri kata2 saya nih..saya nak ucapkan selamat hari lahir kepada mak saya..Puan Sabariah Binti Mat Zain..oleh sebab dia la saya terdetik nak tulis post nih..hehe..Terima Kasih & Assalamualaikum  deh!