Followers

Wednesday 12 December 2012

oh..Mak ! I love you so much !

assalamualaikum w.b.t
check2!
hehe..pada pagi yg sunyi ni hati saya tiba2 rasa nak post something yang berfaedah untuk kita semua..tapi..sebelum tu..sya tiba2 teringat kakak saya mesej semalam.."awat hang xtls blog hang?"hehe..cik yaya kalau anda sedang membaca org nk bgtau nih..masa ang msg chi ai busy sgt2 sebab :
  • ada kelas ganti td
  • esok ada roleplay pas tu td dok wat discussion la
  • esk ada kuiz APK..study gak sket2 td
  • assignment last minute..haha
hehe..apa2 pon sebenarnya saya nak kongsikan satu benda yang amat penting berbanding masalah2 yang  sering keluar di Buletin Utama hehe..pernah x dengar dalil nih..

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

haaa...susah kan nk lahirkan dan besarkan kita..dalam dunia ni saya ada emak ja sebab abah saya dah xdak masa saya umur 10 tahun..sepanjang 10 tahun abah saya xdak, mak saya didik saya dengan begitu baik sekali..dia bg makan,pakai,tempat tinggal semua cukup.Bukan time ni ja dia baik tapi sejak 20 tahun sebelum ni pon mak jaga saya memang cukup tip top..hehe..percaya x?mak saya bg layanan 1st kt saya tau..kalah hotel kat Dubai..hehe.. mak saya letak saya dalam rahim yang bertaraf 7 bintang,makan ngn minum x yah mintak,duduk diam2 makanan masuk ja ikot tali pusat..nak kemana-mana pon dia x penah tinggal..kami jalan sama2,tidoq sama2..semua sama2 la..hehe..sayang sungguh mak saya kat saya kan..cukup bulan mak keluarkan saya..dia jaga saya..dia x buang saya tepi longkang,letak dalam kotak,flush kat toilet,buang saya daripada tingkat atas ataupun bagi saya kat orang lain..bila saya lapar,mak suap makan,saya dahaga mak bg minum,mak bagi mandi saya..saya menangis mak pujuk..saya x pndai mak ajar..hmm...mak saya macam wonder women kan..ngeh3..walau sehebat mana pon saya sememangnya saya xdpat membalas jasa mak saya sampai hujung nyawa saya..pengorbanan dia memang cukup hebat mmg boleh mengalahkan heroin filem kat tv..hehe..mak saya bukan artis tapi dia boleh buat pengorbanan yang ikhlas yang sememangnya jauh lebih baik daripada orang lain..hehe..saya teringat lagi satu hadith ni:

Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, Nabi SAW didatangi seorang lelaki untuk bersama berjihad dalam peperangan. Lalu Nabi SAW bertanya: Adakah kamu sudah meminta izin daripada kedua-dua ibu bapamu? Lantas lelaki itu menjawab: Belum. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk pulang meminta izin daripada kedua-duanya dan jika tidak dibenarkan untuk turut sama berperang maka Nabi SAW menyuruhnya untuk kekal berbakti kepada keduanya.

Subhanallah..betapa tinggi darjat ibu bapa kita daripada pandangan islam.tapi pada hari ini saya masih lagi hairan mengapa masyarakat globalisasi kini memandang remeh terhadap perkara seperti ini.seharusnya kita sedar ibubapa mampu memberi kita keberkatan apabila kita berbuet baik terhadap mereka..ha..percaya x?masa saya sekolah dulu saya pernah terbaca dalam kitab ibn kathir yang adalah wajib bagi seorang anak itu untuk mendoakan ibu bapanya pada setiap hari..WAJIB ??maksudnya kalau kita x berdoa kat mereka kita berdosa la kan??woah...mudahnya nak dapat pahala..hehe..tp x kurang gak dosanya..hoho..sebagai seorang anak kita perlu mentaati segala perintahibu bapa selagi ianya selari dengan tuntutan syarak..hmm..tapi apa yang saya lihat pada hari ni anak2 suka memandang rendah terhadap ibu bapanya oleh sebab mereka tidak mempunyai ilmu yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai degree,master dan phd..ceit..mentang2 la ibu bapa dia spm pon x dak senang2 ja nak herdik depa ea..igt sikit masa mula2 nk daftar masuk U dulu sapa yang support cek oi??PTPTN ka???...hmmm...saya ingat lagi satu firman Allah yang bermaksud :

“Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


hmm...btoi3..sebagai anak kita perlu menggunakan kata-kata yang mulia bagi menyenangkan hati kedua ibu bapa kita..hehe..apa2 pon sebelum saya akhiri kata2 saya nih..saya nak ucapkan selamat hari lahir kepada mak saya..Puan Sabariah Binti Mat Zain..oleh sebab dia la saya terdetik nak tulis post nih..hehe..Terima Kasih & Assalamualaikum  deh!