Followers

Sunday 31 March 2013

Ambe Doh Jadi Orang Ganu Weh....



Selamat pagi Malaysia..
Salam Perak Aman Jaya!
Setelah hampir berbulan saya tidak mengupdate akaun dalam blog saya ni,akhirnya dapat juga saya meluangkan secebis masa untuk dikongsikan dengan blog saya nih..diam tak diam dah hampir tujuh bulan anak jati Perak ni menetap dekat negeri  darul Iman ini.sememangnya tidak dapat dinafikan lagi yang negeri Terengganu ni sangat berbeza dari segi loghat,budaya,bahasa,pergaulan,rasa,cuaca dan macam-macam lagi la..semua ini  memberi saya satu pengalaman yang amat “SUPERB” apabila difikir-fikirkan.kalau di kenang balik,masa mula-mula nak register ke sini dulu..banyak sangat pujian.perlian,dan usikan daripada orang sekelian saya..hahaha…antara kata-kata yang agak badass oleh mereka..jeng3:
1.       “Waaaaaaaahhhhhhh…nanti Chi Ai sangkut ngan orang Ganu la…”
(Macam la banyak-banyak manusia kat bumi unisza nih,orang Ganu jugak yang saya nk  kena berkenan,orang Perak pon OK pe??hehe..Perak sentiasa di hati!!!Go Perak..GO!!..Go!!)
2.       “Eh..pas nih Chi Ai jadi ustazah laa….”
(Hellloooww…its doesn’t mean when Im taking Dakwah Course,so I must be an Ustazah??try
to be matured guys,nowadays a women like me should study dakwah to dakwah my child soon tau..lagipun apa guna belajar dakwah kalau diri sendiri pon x mampu nk di dakwah kan?ngeh3)
3.       “nanti bleh jalang-jalang makang ikang la..”
(haha,,so funny! Depa semua x tau yang lidah saya nih x pernah lekang dengan bahasa utara..)
4.       “haha..ang pi sana chi ai kami nak jalan2 tiap2 ary”
(ni ayat kak mona,ala..padahal dia sedih sebab pals dia nak kena dok oversea.~Ganu je pong~)
5.       “tak pa chi ai..ang dok jauh pon..nak timba ilmu..nanti kami pi..”
(kenapa sampai sekarang tak mai2 lagi???ni la janji abang-abang saya..~pandai sungguh jaga hati adik bongsu dia nih..hoho)
6.       “Belajaq dulu..jangan dok nak kawin-kawin lagi”
7.       (Oh My Allah..ini ayat mak saya…ayat ni dapat 100 likes oleh sebab saya malu bila mak saya sebut..Oh Mama,Chi Ai x mau kawin lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)

Haha..lucu kan..tapi apabila saya menetap di sini,satu kejutan budaya telah meresap dalam jiwa..kejutan ini saya lihat dari sudut positif yang mana cara mereka berpakaian ketika berada dalam university ini sendiri.Memang tidak dapat dinafikan yang di kawasan Taiping jarang sekali untuk melihat  gadis atau wanita yang bertudung labuh dan berniqab,tambahan pula saya bukan berasal daripada sekolah pondok ataupun maahad yang menerapkan ilmu-ilmu azhariyah yang mendalam semasa berada di dalam sekolah.Pada sem yang pertama,saya mengenakan tudung bawal yang berbidang 45 sahaja..saya rasa selesa dan beranggapan bahawa seorang pelajar pengajian Islam dakwah tidak semestinya perlu bertudung labuh dan tidak boleh memakai jeans..yang penting pakaian tersebut menepati kehendak syarak.Namun begitu,hari demi hari umpama satu rahmat bagi saya..perasaan malu mula timbul dalam diri apabila ustaz-ustaz bercerita tentang sebenar-benarnya Islam.Allhuakbar! saya seorang muslimah..Seorang khalifah..seorang mujahidah..tetapi saya gagal mengawal nafsu saya dalam berdandan..terdetik dalam hati saya untuk bertudung labuh..saya cuba memakainya dan ternyata ianya tidak menganggu pergerakan saya langsung.Bahkan saya rasa lebih selesa dan selamat apabila berjalan di hadapan muslimin..Subhanallah..sungguh besar kekuasaan Allah hingga mampu mengubah pendirian saya yang sangat kukuh itu dengan begitu mudah.Wahai wanita…tolonglah tutuplah aurat mu…mungkin hari ini kamu tidak sedar apa yang mampu terjadi terhadap mu pada keesokan hari.namun jika kamu dapat berfikir secara rasional,kamu akan terfikir sebagaimana saya telah terfikir sekarng.perasaan menyesal dan malu sememangnya  menghantui diri saya..Ya Allah teguhkan imanku supaya pakaian yang menutup tubuhku ini dapat di kekalkan sehingga hujung nafasku…saya ingatlagi seorang sahabat saya yang bergender lelaki menegur saya dengan panggayaan seluar jeans ketika ke rumahnya..semasa berada di hadapanya,.dia tidak mencaci,mengutuk mahupun marah saya mengikut nafsunya..akan tetapi dia cuba member nasihat melalui nasihat macam ni..”Aishah..ang Cantik dah..tapi kalu tak pakai jens tu..hmm..lagi cantik”..Saya Tanya kembali kepada dia..”Ala…salah ke *****? Aku pakai jeans longgar kan?lagipun daripada kecik aku dah pakai macam nih..xkan x leh ko??hm..dengan suara yang lembut dia membalas..”Aishah memang la longgar..tapi aku Nampak tak sesuai la kalau perempuan pakai  jeans”..dari situ saya  jadi tersentuh bila seorang lelaki mampu menegur dengan penuh berhemah sekali tanpa menyinggung perasaan saya..wujud pulak rasa malu terhadap dia..hehe..alhamdulillah..setelah itu,saya mampu mengawal diri saya daripada memakai seluar jeans tu..jadi,apa saya buat dengan seluar-seluar jean saya???ha…smua seluar-seluar tu saya tak bunag mahupun bakar..tapi saya masih memakainya lagi..tapi hanya di rumah yakni hanya mahram saya saja yang melihat..hehe..satu lagi bahagian tubuh saya terpelihara daripada pandangan umum..hehe..Go Aishah! Go Aishah! Go Aishah!..
Assalamualaikum!
Jazak Allahu Khairan Kathira!